[TESTIMONIAL] Shaklee Collagen Powder dan problem Thumb Print.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam kenal semua pembaca…

Lagi testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder..Jom baca kisah menarik ni…Nak tahu khasiat Collagen Powder??? Sila baca disini

Promosi Shaklee Collagen Powder bakal berakhir hari ini…Rugi la saper yang tak grab chances ni..setahun sekali jer..esok takder dah dapat price gini…sorry yer..^-^

Disclaimers* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nak order dgn HOTT PRICEEEE?
Jamin harga meletoppp!
^_^

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

[INFO] Pemilihan Makanan SIHAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam kenal semua pembaca…
Mengambil makanan sihat adalah suatu cara medapatkan kulit cantik. Kesihatan dan kecantikan saling berkait rapat. Jika kita sihat, secara tidak langsung kecantikan kita akan semakin menyerlah.

Banyakkan makan sayur dan buah sangat bagus untuk mendapatkan kulit sihat. Pun begitu jangan dilupakan pengambilan karbohidrat dan protein kerna makanan ini juga membantu kita lebih sihat.

Untuk mencantikkan kulit, vitamin E sangat membantu anda. Ambil lebih banyak sumber makanan yang mengandungi vitamin E supaya anda memperoleh kulit yang anda inginkan.

Khasiat Vitamin E 

1. Vitamin E terkenal sebagai antioksida yang baik. Ia menghalang kehadiran radikal bebas dalam tubuh kita. Radikal bebas yang akan merosakkan sel-sel badan ini adalah punca kepada pelbagai penyakit seperti kanser khususnya kanser prostat.

2. Vitamin E Shaklee disertai dengan Selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa Selenium. Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

3. Vitamin E dikatakan sebagai vitamin untuk awet muda kerana ia melambatkan proses penuaan. Sifatnya sebagai antioksida menghalang kehadiran radikal bebas yang merosakkan sel dan seterusnya membuatkan seseorang itu nampak tua sebelum usia. Ia juga membantu fungsi pembaikan DNA serta memberi perlindungan kepada sel2 badan yang mana akan membantu kulit, jantung, otot dan sel merah dalam keadaan sihat.

4. Vitamin E turut membantu mempercepatkan proses pembaikan luka. Oleh itu, ianya amat sesuai bagi ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah nipple crack atau puting melecet. Pengambilan Vitamin E secara teratur dapat mencerahkan bahagian puting yang telah menjadi gelap berikutan kehamilan serta mengurangkan kesan regangan kulit atau stretch mark.

5. Vitamin E turut dikatakan sebagai vitamin kecantikan kerana membantu menghilangkan parut dan jeragat serta membantu kulit berseri. Ia juga dapat menghalang sunburnsekiranya diambil bersama2 vitamin C.

6. Selain itu, ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit dan seterusnya mengelakkan kekeringan, kegatalan dan kulit yang merekah.

7. Masalah kedinginan atau low sex drive yang sering dialami oleh ibu-ibu menyusu berikutan kehadiran hormon prolaktin yang tinggi dapat diatasi dengan pengambilan vitamin E. Selain itu, vitamin E juga dapat membantu meningkatkan kesuburan wanita sekaligus meningkatkan peluang kepada yang ingin mendapatkan zuriat. Sebab itulah vitamin E turut dikenali sebagai vitamin cinta.


8. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, Vitamin E dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat PMS.

9. Pengambilan 100iu vitamin E sehari dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Manakala pengambilan sekurang-kurangnya 400iu sehari dapat menghalang risiko penyakit Alzheimer. Vitamin E Shaklee mengandungi 400iu dalam satu kapsul!


PERBEZAAN VITAMIN E SHAKLEE BERBANDING VITAMIN E DI PASARAN

  1. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli – natural/organic – ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan 
  2. Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate – membuktikan ianya from natural source. Untuk info, satu huruf ‘l’ or ‘dl’ menunjukkan ia sumber tiruan or kimia – bahaya untuk tubuh anda. (check yours now!)
  3. Mengandungi 400IU, lengkap dengan Selenium (as selenium yeast) untuk memastikan penyerapan pada tubuh dengan lebih sempurna

Disclaimers* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nak order dgn HOTT PRICEEEE?
Jamin harga meletoppp!
^_^

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

[INFO] Kebaikan Zinc Complex Shaklee yang perlu anda tahu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kenal semua pembaca…

Zinc Complex merupakan supplement Shaklee yang termurah, namun ramai yang tak tahu khasiatnya amat banyak!


Antara Kebaikan Zinc Complex Shaklee yang perlu anda tahu:

1. Penjagaan Kulit – Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

2. Ekzema – Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

3. Jerawat – mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

4. Penyembuhan luka – Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

5. Gangguan Prostat – Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

6. Hilang berat badan – Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

7. Mengandung – Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

8. Pembiakan – Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

9. Fungsi Biologi – Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

10. Jangkitan – Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

11. Antioksidan – Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

12. Aturan Enzim – Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

13. Kanser – Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

14. Kelesuan Kronik – Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

15. Botak – Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

16. Kehilangan Tulang – Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. Buta Malam – Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Disclaimers* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nak order dgn HOTT PRICEEEE?
Jamin harga meletoppp!
^_^

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

[INFO] SHAKLEE COLLAGEN POWDER Bukan Hanya Sekadar Kolagen

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam kenal semua pembaca…

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa.

Semakin Berkurangan


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik, pelembab kulit dan anti-penuaan.

Secara umumnya, kesan kekurangan kolagen adalan kesan-kesan penuaan seperti kulit kusam, berkedut dan kendur, pigmentasi kulit, cepat letih dan lesu, sakit badan dan sendi, mudah lupa, kurang penglihatan dan rambut semakin lemah dan kurang.
Menegangkan Kulit

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia, menyebabkan kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit.

Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Sumber Kolagen

Kolagen boleh diperolehi daripada banyak sumber, antaranya ialah :
  1. * lembu (bovine) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
  2. * haiwan laut – contohnya ikan, gamat, sirip jerung
  3. * tumbuhan – contohnya kacang soya, buahan citrus
  4. * yak – produk dari China
  5. * manusia – plasenta, janin yang digugurkan
Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan sumber kolagen adalah daripada sumber yang halal. Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam, kerana mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran.

Kepentingan Kolagen


Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan – kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit – apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

Mencantik dan menyuburkan rambut – nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
Menegangkan payudara – kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan tulang – penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi – kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit – seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Apakah pula kolagen pilihan saya??

Sudah tentulah Shaklee collagen powder adalah pilihan saya. 



SHAKLEE COLLAGEN POWDER ni diperbuat dari sisik ikan merah iaitu sumber kolagen yang tahan lasak. Kenapa saya katakan begitu? Sebab ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di lautan sedalam 5000m. Di bawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar bagi ikan yang biasa untuk hidup. Apa kehebatan ikan merah ni lagi? Ia sangat lasak dan elastik, kepaduan sel yang sangat tinggi, tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan dan juga jisim molekul yang sangat rendah. 

Testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder

Disclaimers* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nak order dgn HOTT PRICEEEE?
Jamin harga meletoppp!
^_^

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!


[INFO] Vitamin C Shaklee Sustained Release Vita-C Plus (500mg) Chewable Vita-C Plus (100mg)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kenal semua pembaca…

Jom kita berkenalan dengan Vitamin C keluaran Shaklee.

1.Sustained Release Vita-C Plus 

  • Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!
  • Bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
  
2. Chewable Vita-C Plus

  • Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Malah ada pendaat yang mengatakan, vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan kita. 
  • ** Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit

Adakah kandungan kedua-dua vitamin ini sama?
Sustained Release Vita-C Plus (500mg)
– Mempunyai Vitamin C – 553.00mg
– Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 120.00mg
Chewable Vita-C Plus (100mg)
– Mempunyai Vitamin C – 117.90mg
– Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 24.00mg
– Rose Hips Powder – 40.00mg

Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin C yang hebat). 
Ia juga dikatakan sebagai ‘stomach tonic’ kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Adakah kedua-duanya memiliki fungsi yang sama?
Fungsinya memang sama. Seperti yang kita dah sedia maklum fungsi Vitamin C sangat banyak:
– Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
– Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
– Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
– Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
– Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
– Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
– Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
– Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
– Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
– Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
– Merawat jangkitan saluran kencing.
– Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Khasiat Utama

~ Mencantikkan kulit – Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

~ Membentuk Kolagen – Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

~ Memperbaiki simptom Pendarahan – Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

~ Peningkatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

~ Memperbaiki Insomnia – Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

~ Mengekalkan Kolesterol Sihat – Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
   
Siapa yang memerlukan Vitamin C?
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan. 

sumber : farahana

Dan berita baiknya ialah.. vitamin c sustained release sudah berada di pasaran pada 21 Oktober 2013 !!!
Disclaimers* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nak order dgn HOTT PRICEEEE?
Jamin harga meletoppp!
^_^

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

[INFO] Kenapa wanita nak sangat dengan kolagen ini??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kenal semua pembaca…
Lambakan produk kolagen di pasaran mampu memberi pilihan kepada pengguna mendapatkan makanan kesihatan bersesuaian de­ngan tubuh mereka. Namun, kebanyakan produk kolagen di pasaran tidak dinyatakan dengan jelas bahan serta kandungan kolagen di dalamnya sehingga ada antaranya kurang berkesan tidak seperti yang dijanjikan.

Apa itu kolagen?

Kolagen sebenarnya ialah satu rangkaian asid amino yang terdiri dari kombinasi 4 jenis asid amino iaitu glycine, proline, hydroxyproline dan arginine. Maksudnya, jika bukan kombinasi 4 jenis asid amino tersebut, bukanlah kolagen namanya. 

Kolagen adalah sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.


Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa.


Untuk pengetahuan anda, bila seseorang itu (gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya? Kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen tapi apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu? Kulit-kulit anda akan berkedut seperti orang tua.


Sebab itu lah wanita yang pakai kolagen akan kata “Kolagen ni kasi awet muda wehh”. Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda la kan? Itu je yang berlaku sebenarnya. 

Kolagen terdapat banyak pada bayi, ia berfungsi bagi membantu tumbesaran bayi, sebab itu lah ada kes bayi dibunuh/gugur diambil bahagian badan bayi untuk mendapat kolagen yang ada pada bayi tersebut. So untuk precaution sila dapatkan kolagen yang asli yea.

Sumber Kolagen Halal?

Tahukah Anda dari mana Sumber Kolagen dalam supplemen yang ada di pasaran?
  1. Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
  2. Daripada babi (porcine origin)
  3. Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
  4. Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
  5. Daripada Yak – produk dari China
  6. Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!


Hati-hati! Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat. Pilihlah kolagen yang halal.

JANGAN RISAU!!!

COLLAGEN POWDER SHAKLEE terdiri daripada sisik ikan merah- sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran lebih kecil berbanding dengan kolagen binatang!


Testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder



Disclaimers* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nak order dgn HOTT PRICEEEE?
Jamin harga meletoppp!
^_^

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

[TESTIMONIAL] Hot Mama Kembali Langsing Dengan Set Slim Shaklee

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kenal semua pembaca…
Disclaimers* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nak order dgn HOTT PRICEEEE?
Jamin harga meletoppp!
^_^

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!