Beta Carotene, Provitamin A Karotenoid!

Vitamin A biasanya sinonim dengan Lobak, dan selalu dikaitkan dengan kesihatan mata. Umumnya, Vitamin A berfungsi untuk membantu penglihatan, pertumbuhan dan memperbaiki tisu serta menjaga kecantikan dan kesihatan kulit dan rambut.

Vitamin A adalah sejenis vitamin larut lemak yang hadir dalam 2 bentuk iaitu:

(1) RETINOIDS – berasal dari sumber haiwan.
(2) CAROTENOIDS (Pro-Vitamin A) – berasal dari sumber tumbuhan.

Mengapakah sumber Vitamin A dalam bentuk Beta Carotene lebih baik dari sumber terus Vitamin A?

Beta Carotene bukan sahaja antioksidan yang sangat baik, malah ia mempunyai pelbagai nutrien. Beta Carotene hanya akan ditukar kepada Vitamin A oleh badan, apabila badan memerlukannya. Maka, Beta Carotene merupakan bentuk penyimpanan Vitamin A yang tiada toksik.

Vitamin A biasa, apabila disimpan di dalam badan di dalam kuantiti yang tinggi akan menjadi sangat toksik! Sebaliknya, Beta Carotene sangat selamat di dalam badan kita walaupun di dalam kuantiti yang besar! Suplemen Beta Carotene yang baik perlu mengandungi lebih kurang 5000 IU Vitamin A – ini adalah dos yang disarankan!

Fungsi Vitamin A:

(1) Menghalang rabun malam.
(2) Memelihara sel di permukaan dalaman dan luaran badan.
(3) Menghasilkan sel istimewa yang mengeluarkan mukus.
(4) Memperhebatkan sistem imun dengan meningkatkan fungsi sel darah putih.

Beta Carotene turut mempunyai fungsi yang sama seperti Vitamin A kerana ia akan ditukarkan kepada Vitamin A apabila badan perlukannya. Kelebihannya, Beta Carotene juga merupakan anti-oksidan yang sangat kuat dan mempunyai fungsi lain kepada tubuh.

Dalam beberapa kajian, paras Beta Carotene yang tinggi di dalam badan telah menunjukkan perlindungan kepada pertumbuhan sel kanser di sekurang-kurangnya 10 lokasi badan kita. Kelenjar “thymus” bantu mematangkan sel melawan penyakit “T” di dalam sistem imun kita. Memandangkan Beta Carotene mempunyai peranan kepada kesihatan “thymus”, Beta Carotene di anggap sebagai menstimulasi imun!

Berapa banyakkah dos Beta Carotene yang dicadangkan?

Mengikut soal selidik, secara purata, biasanya penduduk di Amerika mengambil 2,500 IU Beta Carotene sehari. Pengambilan suplemen Beta Carotene menjadi pilihan sesetengah individu, kerana sukar untuk mendisiplinkan diri untuk mengambilnya dari sumber makanan setiap hari. Ini kerana, kebanyakan makanan yang mengandungi Beta-Carotene adalah tidak berapa enak.
Kebanyakan pengkaji menyarankan pengambilan 10,000 ke 25,000 IU Beta Carotene sehari. Ahli Fizik yang menjalankan kajian di Harvard mengambil 83,000 IU berselang hari.

Shaklee CarotoMax


Di Shaklee, Vitamin A Shaklee adalah dari jenis caretonoids, atau pro-vitamin A yang akan ditukarkan menjadi vitamin A bila diperlukan. Dahulunya ia dikenali sebagai Beta Carotene. Setelah dipertingkatkan formula, Vitamin A Shaklee kini dikenali sebagai CarotoMax.

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik!



CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

• Memelihara kesihatan yang baik. *
• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. *
• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Selain CarotoMax, Vitamin A juga boleh didapati dalam Shaklee Vita-Lea.

*Sumber rujukan:
– Food Supplements, Dr. Bruce B. Miller


*DISCLAIMER : Testimoni ini adalah pengalaman pengguna sendiri. Kesan adalah berbeza kepada individu. Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!


DIET ATKINS

Diet Atkins lebihkan protein berbanding karbohidrat

Awas!!! Sesuai untuk mereka yang benar-benar nak kurus. Taknak kurus, tak payah baca. Artikel ni saya tulis sebab suami saya pengamal Diet ini…

” DIET ATKINS ADALAH DIET YANG TERBAIK DALAM DUNIA!”

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:
1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.
4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)
3.) Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)
4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)
5.) Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi – 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi – 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 – 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu
Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. 
– 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
– 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal – kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. 
– 0.5 karbohidrat
Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) 
– 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). 
– 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi – boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 
0.2 – 1 gram karbohidrat
– any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: – sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau – kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce – check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce – elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise – jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady’s Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju – pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. 
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food 
McDonalds – makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
Pizza Hut – makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur – topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC – makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang – OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.

Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.
  1. Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula 
  2. Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
  3. Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Disunting Daripada www.atkins.com dan juga disini

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

Biji labu – khasiat terpenting untuk kesihatan dalaman lelaki dan wanita


Biji labu adalah salah satu kandungan utama di dalam satu-satunya penggalak interferon semulajadi dunia iaitu NutriFeron. 


Antara kebaikan biji labu adalah

1. Biji labu tinggi dalam kandungan asid amino tryptophan yang ditukarkan kepada serotonin di dalam badan dan ini memastikan tidur yang lebih lena;

2. Biji labu juga tinggi dalam mineral penyembuhan jantung iaitu magnesium, yang juga merupakan penenang alam semulajadi;

3. Biji labu mempunyai tahap protein yang tinggi yang mudah dihadam untuk membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah apabila dimakan sebagai snek sepanjang hari. Gula dalam darah yang stabil bermakna berat badan boleh dikurangkan.

4. Tinggi di dalam Omega 3, minyak biji labu telah ditunjukkan dalam kajian untuk mengurangkan insiden benign prostatic hypertrophy (BPH) – satu keadaan di mana kelenjar prostat menjadi besar.

5. Biji labu juga tinggi dalam zink, mineral yang melindungi prostat lelaki, membuatkan biji labu sebagai snek yang muktamad untuk kesihatan lelaki.

6.Mereka merupakan sumber yang baik dalam membina darah dan zat besi yang meningkatkan tenaga.

7. Dalam kajian haiwan, apabila biji labu telah ditambah kepada diet, keputusan anti-radang adalah setanding dengan keberkesanan dadah Indomethacin tanpa kesan sampingan.

8. Sebatian phytosterol dipercayai boleh merendahkan paras kolesterol. Daripada kacang dan benih, biji labu mempunyai jumlah kedua tertinggi sterol (selepas biji bunga matahari dan pistachios ditempat pertama).

9. Biji labu adalah sumber terbaik serat yang membantu menjaga badan secara tetap.

10. Biji labu mengalkalikan pH badan. Banyak makanan snek yang kita makan membentuk asid dalam badan. Keasidan ni telah dikaitkan dengan kesakitan, penyakit, dan juga kanser.

Biji labu adalah makanan terpenting untuk kaum lelaki kerana biji labu ada elemen zink dimana mineral zink penting dalam pengeluarkan hormon testosteron untuk lelaki. Juga baik untuk wanita untuk mengekalkan ghairah seksual. Selain itu, biji labu juga kaya dengan Omega-3 yang memainkan peranan seperti menambah kekuatan,keinginan dan kesuburan. Juga bagus untuk membakar lemak dalam menurunkan berat badan!

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

Hapuskan virus punca sakit tekak dengan NutriFeron Shaklee

SAKIT TEKAK adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis.

Pharynx adalah sebahagian tekak yang terletak di antara mulut dan peti larinks atau suara. Ia selalunya dikaitkan dengan selesema biasa atau influenza. Biasanya, ia sembuh tanpa komplikasi tetapi di dalam sesetengah kes, ia berkembang menjadi penyakit serius. 

Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak.

Penyebab sakit tekak 

Biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.

Punca sakit tekak 
  • Jangkitan bakteria – disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang. Bakteria lain yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah gonorea, iaitu sejenis jangkitan kelamin. 

  • Jangkitan virus – kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher. 
  • Tonsilitis – ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak. 


Virus boleh dielakkan dengan kita membantu sistem imun untuk menghapuskannya. Macam mana kita nak bantu sistem imun?

Mestilah dengan membekalkan lebih banyak sumber untuk ‘askar’ dalam badan kita. Dalam sel darah putih yang berfungsi macam askar, ianya berfungsi untuk serang virus, bakteria, kuman dari luar. Masalahnya, askar ni jadik lemah bila kita iaitu tuan badannya letih, stress dan mengambil diet tak seimbang, tertekan dan sebagainya. Jadi kena la mintak bantuan askar luar iaitu interferons. Interferon ni pulak ada 2 jenis yg baik dengan yang jahat. Yang baik adalah natural/ semulajadi dan menggalakkan pertumbuhan askar baru dalam badan. Yang jahat pulak mcm kemo, bukan yang sakit jer diserang sel yang sihat pun mati…


Mana nak dapat interferon untuk membantu sistem imun kita melawan virus, bakteria dan segala macam mikrob asing ni? Semestinya dengan NutriFeron yang terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

Bila badan kita cukup interferons senang la nak lawan dengan penyakit mcm hepatitis, kanser, alahan, influenza malahan lupus. Sebab apa? Sebab NutriFerons ni mengukuhkan sistem imun kita. Senang kan?
Dalam NutriFeron, ada sumber semulajadi interferons seperti biji labu, biji plantago, bunga Japanese Honeysuckle dan bunga Saffflower. Nak makan apa pun kena ada sukatan yg betul, mana nak cari semua ni, susah kan? Nak cara yang senang pastinya dengan NutriFeron lah.


Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon – Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama 40 tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.


* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

Perkembangan Otak dan Tumbesaran Kanak-Kanak

Tahukah anda, proses apakah yang berlaku semasa anak-anak anda membesar sedari BAYI, sehingga DEWASA?



(1) Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak terutamanya adalah sensitif (peka) kepada pemakanan bayi, dan perkembangan 75% daripada kapasiti otak berlaku dalam tempoh yang genting ini.

(2) Selepas umur 2 tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil di dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan, dan masalah kesihatan lain.

(3) Pada umur 5 tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.

(4) Antara umur 11 dan 16 tahun, suatu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

*Sumber: EUFIC (European Food Information Council) 2005.

Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan keperluan nutrisi harian anak, anda boleh cuba Shaklee Meal Shakes dan Shaklee OmegaGuard sebagai pemakanan tambahan harian anak-anak anda!

Sekilas mengenai Shaklee Meal Shakes:

Membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Values) bagi 19 vitamin dan mineral yang penting.

Sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. 240 kalori dalam setiap sajian yang disarankan apabila dicampur dengan susu rendah lemak.

Sekilas mengenai Shaklee OmegaGuard:

Minyak Ikan TERBAIK Di Dunia!

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi. DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.


*DISCLAIMER : Testimoni ini adalah pengalaman pengguna sendiri. Kesan adalah berbeza kepada individu. Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!


Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?

Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka.


Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil.

Pengambilan suplemen prenatal vitamin memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Ia juga membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan.

Malangnya, ramai wanita yang hamil tidak mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya kerana tidak mengetahui bahawa mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahem dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan.

Antara suplemen yang penting bagi wanita hamil ialah zat besi (iron), kalsium, folic acid dan omega-3. Namun amalan pengambilan suplemen Prenatal Vitamin  tidak pula bermakna seorang wanita hamil boleh meninggalkan pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air.

Prenatal vitamins juga tidak menjanjikan anak yang yang bakal dilahirkan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan atau kecacatan. Kalau boleh diberikan analogi, mengamalkan prenatal vitamin ibarat menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu kereta, tapi dalam masa yang sama, tidak menjanjikan pemandu itu selamat dan tidak mengalami kemalangan jalanraya. Jika berlaku kemalangan pun, tentu kecederaan yang dialami tidak seteruk pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar.

Setiap wanita bertanggungjawab memastikan suplemen multivitamin yang diambil tidak melebihi dari dos yang sepatutnya. Hal ini boleh ditanyakan kepada doktor yang merawat.
Folic Acid



Folic acid sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahem di awal kehamilan. Ia harus diambil sebaik saja persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma supaya kita dapat berikhtiar untuk menghalang kecacatan neural tube, di samping membantu pembentukan saraf dan sel-sel yang lain.

Saya ada menulis berkenaan ini disini

Oleh itu, ramai pakar perubatan yang mencadangkan agar pengambilan folic acid ini dimulakan sebelum kehamilan lagi. Mereka mencadangkan agar folic acid diambil sebaik saja selepas berkahwin kerana ada kalanya kehamilan berlaku tanpa dirancang.

Dos yang dicadangkan bagi wanita yang bersedia untuk hamil ialah 400 micrograms (mcg) sehari, sementara wanita yang telah hamil ialah 1,000 mcg sehari. Sebagai makluman, ada pil suplemen vitamin di farmasi mengandungi folic acid dijual dengan dos 5mg (5000 mcg).

Oleh itu harus berhati-hati memilih pil vitamin yang mempunyai dos folic acid yang sesuai mengikut keperluan.

Iron


Iron (zat besi) penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Dos yang biasa cadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg, berbanding dengan dos bagi wanita yang tidak hamil ialah 18mg. Sebagai perbandingan, kebanyakan pil suplemen ferrous fumarate 325 mg mengandungi 106mg iron.

Oleh itu jangan mengambil pil suplemen zat iron melebihi satu pil, bagi mengelakkan kesan sampingan seperti sembelit dan pedih perut.

Bagi menggalakkan penyerapan zat iron dengan lebih baik, elakkan pengambilan antibiotic seperti ciprofloxacin, doxycycline, norfloxacin dalam masa 2 jam sebelum atau selepas menelan pil suplemen yang mengandungi zat besi.

Terdapat beberapa jenis makanan yang menggganggu penyerapan zat iron seperti ikan, daging merah dan hati. Oleh itu pengambilan suplemen zat iron harus dilakukan sejam sebelum atau 2 jam selepas memakan makanan seperti ini.

Begitu juga jika memakan makanan jenis tenusu seperti susu, mentega atau keju. Elakkan juga suplemen yang mengandungi kalsium atau antacid (‘ubat angin’) yang mengandungi kalsium bersama supplemen zat iron kerana ia menghalang penyerapan iron ke dalam tubuh.

Ini bermakna, pil suplemen zat iron tidak boleh dimakan bersama-sama dengan pil suplemen kalsium.
Kalsium


Kalsium pula sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin selalu mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa.

Sungguh pun begitu, Prenatal vitamin tidak membekalkan semua keperluan seharian kalsium yang diperlukan oleh wanita yang hamil. Ini bermakna mereka harus mendapatkan kalsium dari sumber pemakanan yang sihat.

Tanpa bekalan kalsium yang cukup, wanita yang hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia, yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anaknya dalam rahem.

Dos yang diperlukan bagi wanita hamil ialah 1,000 milligrams (mg) setiap hari.

Omega-3


Omega-3 diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf  dan menjamin penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber terbaik bagi omega-3 terutama ikan salmon. Malangnya ikan salmon dibimbangi boleh menyebabkan keracunan merkuri, akibat pencemaran sungai di US. Bagi wanita yang hamil dan menyusukan bayi, dos yang dicadangkan ialah 200-300 mg sehari.

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

Manfaat dan Kelebihan Alfalfa shaklee



Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi.

Khasiat Alfalfa boleh diguna pakai untuk simptom berikut:
Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, highfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.


Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
  1. Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
  2. Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
  3. Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
  4. Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
  5. Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
  6. Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
  1. Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
  2. Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
  3. Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
  4. Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
  5. Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
  6. Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
  7. Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:
  1. Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu
  2. Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
  3. Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.


AWAS!!!!
Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
Alfalfa sesuai utk lelaki dan wanita. Tahukah anda yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita…

Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  1. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  2. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  3. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  4. Merawat arthitis
  5. Bagus untuk elergi dan ekzema
  6. Merawat athma
  7. Mencuci usus bagi membuang toksik
  8. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  9. Meneutralkan asid dalam badan
  10. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  11. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  12. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  13. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  14. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  15. Meningkatkan stamina seorang suami
  16. Melegakan sembelit
  17. Membuang angin dalam badan
  18. Milk booster
Best kan? Nak dapatkan produk shaklee ni pada harga yang sangat istimewa?…PM sy segera ye..

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ]
sms / whatsapp [ 012-2050258 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!