Bila Kalsium Cukup, Retak Tulang Pun Boleh Pulih! (Testimoni)

“Minum susu untuk tulang sihat”.


Rasanya sejak kecil lagi kita sudah biasa diajar bahawa dengan minum susu akan membantu mendapatkan tulang yang sihat dan kuat, betul tak?

Mengapa kita perlukan Kalsium?


Tahukah anda bahawa secara puratanya tubuh kita mengandungi 1 kg Kalsium, dan 99% daripadanya terdapat pada tulang?

Kalsium merupakan bahan asas kepada pembinaan tulang baru, dan proses ini berlaku setiap hari. Sepertimana sel-sel kulit sentiasa berganti baru, tubuh kita juga secara semulajadi akan menyingkirkan tulang yang lama dan menggantikannya dengan yang baru. 😉

Walau bagaimanapun, kepantasan proses ini berlaku bergantung kepada usia seseorang. Ketika kita muda, tubuh kita mampu melakukan lebih banyak proses pembinaan tulang baru berbanding proses penyingkiran tulang lama. Sebab itulah semasa muda, tulang kita lebih besar dan kuat. Namun keseimbangan di antara dua proses ini semakin terganggu apabila usia semakin meningkat dan kita pula kurang mengambil kalsium. Ketika itu, tubuh kita kita mengalami lebih banyak kehilangan tulang berbanding pembinaan tulang baru. Ini pastinya sangat merisaukan bukan?

Jika anda ingin tahu, tulang kita mula kehilangan jisimnya sedikit demi sedikit ketika dewasa, dan lebih serius berlaku selepas umur 50 tahun. Bagi kaum wanita pula, perubahan hormon ketika menjelang menopause (ditambah dengan penurunan paras estrogen) memburukkan lagi ketakseimbangan antara proses pembinaan dan kehilangan tulang itu tadi. Jadi tulang akan hilang lebih banyak jisimya dan menjadi lebih rapuh.

Tetapi disebabkan tubuh kita tidak menghasilkan Kalsium, kita hanya bergantung kepada makanan harian untuk mendapatkan jumlah yang ia perlukan.

Sememangnya susu lembu turut membekalkan kalsium yang diperlukan untuk membina dan memelihara kekuatan tulang (segelas susu mengandungi 200~250 mg Kalsium). Namun selain susu, terdapat banyak lagi makanan lain yang turut mengandungi kalsium yang tinggi seperti produk tenusu lain (yogurt, keju, etc), ikan sardin, sayuran hijau (bayam, brokoli, etc), makanan/minuman yang diperkaya (jus oren, bijirin sarapan, etc), sumber kekacang (soya, almond, etc) dan lain-lain.

* Rujukan : WebMD.Com


Makanan kaya Kalsium 


Di bawah ini adalah jadual keperluan Kalsium mengikut usia :


Namun, hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia UPM dan Universiti Otago New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Kajian tersebut mendapati bahawa kebanyakan wanita Malaysia mengabaikan keperluan kalsium harian mereka sedangkan ia merupakan nutrien penting bagi mengekalkan tulang yang sihat.

Anda pasti tahu risiko kepada kekurangan kalsium bukan? Ya, Osteoporosis! Info lanjut tentang Osteoporosis dll boleh lihat entry ini ya…


Jadi jom kita cegah dari sekarang~! 

Mengambil Kalsium yang cukup disertai dengan Vitamin D serta beberapa mineral lain dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang. ^o^

Testimoni
Jom ikuti perkongsian daripada salah seorang kenalan saya, Puan Reen, yang konsisten mengambil OsteMatrix.


“Saya pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menuntut di UIA pada 2007. Waktu itu, jari kaki kelingking saya retak teruk dan hampir patah.
Nak dijadikan cerita, dalam bulan November lepas saya terjatuh pulak dari tangga di rumah. Memang agak mengerikan bila melihat jari kaki saya terpelecok tegak ke atas.
Setelah sejam menanti dengan penuh penyeksaan, anak saudara yang pandai mengurut tu akhirnya berjaya ‘menyentap’ jari tersebut supaya kembali ke kedudukan asal. Waktu itu hanya Allah yang tahu betapa sakitnya..
Secara jujurnya, saya takut bertemu doktor. Sanggup tak ke klinik kerana takut dikenakan ‘injection’. Tapi bila bangun keesokan harinya bahagian kemalangan itu semakin lebam kehitaman. Malah kaki rasa berdenyut-denyut. Saya mula gusar. Suami akhirnya memaksa saya ke klinik.
Tiba di klinik, dirujuk pula ke hospital. Mungkin patah katanya. Apabila tiba di hospital, Doktor pada mulanya memaksa saya masuk ke wad. Tapi saya enggan & minta dimasukkan hanya selepas melihat result x-ray.
Setelah melihat result x-ray:
Doktor : Tak patah.. Retak pun tidak.. Cantik saja tulang awak!
Saya : Eh! Ye ke doktor?
Doktor : Betul. Cuba tengok ni.. Tak ada retak pun.. Mungkin urat you yang buat lebam ni.
Saya pun turut sama meneliti tulang kaki saya.
Saya : Dulu saya ada patah tulang dekat jari kaki yang tu..
(sambil menuding ke arah kaki kecil yang paling akhir itu.) Dahinya kelihatan berkerut.
Doktor : Tak nampak bekas patah pun? Bekas retak pun tak ada.
Saya turut rasa hairan.
Doktor : Macam mana boleh patah? You accident?
Saya menggangguk.
Doktor : Ooo.. You banyak minum susu ni. Bagus.. Bagus.. Banyak kalsium!
Saya : Tak lah doktor. Saya tak minum susu pun..
Doktor : Ya kah? Tapi macam mana tulang nampak cantik ni?
Saya sendiri keliru. Kemudian teringatkan Ostematrix yang saya amalkan sejak April 2012. Itukah penyebabnya?
Saya : Doktor tau tak Ostematrix Shaklee? Saya consume tu since last April..
Doktor itu terus tersenyum.
Doktor : Ooo.. Ostematrix.. Bagus! Memang baik untuk tulang! You teruskan makan.
Alhamdulillah… Walaupun tidak minum susu. Kalsium yang mencukupi juga saya perolehi dari khasiat Ostematrix! Terima kasih Shaklee!”
* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Seronok kan, membaca pengalaman beliau. Saya sendiri jadi teruja dan rasa lebih bersemangat untuk konsisten mengambil Ostematrix sekurang-kurangnya 2 kaplet sehari, supaya dapat mengekalkan kesihatan tulang. Dan formula unik ini memastikannya dapat diserap sepenuhnya dan digunakan oleh tubuh. 😉


Ini tidaklah bermakna kita boleh mengabaikan kalsium daripada makanan. Tetapi, sekiranya terdapat kekangan untuk mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukan untuk tulang sihat, mungkin anda boleh cuba pengambilan supplemen pula. Penting untuk anda tahu bahawa Kalsium saja tidak mencukupi kerana kita juga perlukan Vitamin D, Magnesium dan beberapa mineral lain untuk membantu tubuh kita menyerap Kalsium dan menggunakannya untuk pembinaan tulang yang sihat dan kuat. Jadi pastikan anda tidak abaikan keperluan nutrien-nutrien ini ya.

SUMBER ARTIKEL : Celik Nutrisi edited Miracle Vitamins

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ]
sms / whatsapp [ 012-2050258 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

SET SUGAR CONTROL BOLEH MENGAWAL KENCING MANIS?

Kencing manis adalah antara penyakit yang sangat popular di negara Malaysia. Ia sering dikaitkan dengan pengambilan gula dalam menu harian, yang dikatakan diambil melebihi kuantiti yang diperlukan oleh badan. Namun, tahukah anda, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai penyakit kencing manis atau bahasa sainsnya, Diabetes melitus?


Apakah Kencing manis?

Kencing manis atau diabetes melitus ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan insulin dalam kadar terlalu sedikit sehingga ia tidak memberikan kesan kepada badan. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan bagi mengekalkan paras normal gula. Apabila insulin dihasilkan dalam kuantiti yang terlalu sedikit, ia telah menyebabkan paras gula di dalam darah semakin meningkat sehingga melebih paras normal.

Antara punca kencing manis yang paling popular adalah seperti:


  • Kegemukan atau obesiti
  • Kurangnya aktiviti kecergasa fizikal atau senaman
  • Keturunan
  • Corak pemakanan yang tidak teratur
  • Faktor lain seperti, jantina, umur dan jantina
  • Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan
  • Pengambilan serat yang tidak mencukupi
  • Kurang zat makanan di peringkat awal umur
  • Kelahiran tidak cukup berat

Tanda-tanda Kencing Manis


  • Kerap dahaga
  • Kerap kencing
  • Susut berat badan walaupun berselera makan
  • Terasa letih dan lesu
  • Luka atau cedera yang lambat sembuh
  • Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan

Jenis-jenis Kencing Manis



1. Bergantung sepenuhnya kepada insulin
  • Kebanyakkan terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
  • Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman
  • Terjadi kerana kekurangan insulin
  • Ianya mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang telah mengidapnya

2. Jenis tidak bergantung dengan suntikan insulin
  • Selalu berlaku di kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas
  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)
  • Boleh dikawal dengan dengan kawalan pemakanan dan senaman dan juga bantuan ubat-ubatan


Kesan Kencing Manis yang tidak dikawal dengan baik, boleh menyebabkan kesan yang lebih serius. Antaranya:

  • Kegagalan buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Kebutaan/ katarak
  • Koma
  • Angin Ahmar (Strok)
  • Sakit saraf atau mati pucuk
  • Gangrene atau anggota tubuh mati / membusuk

Penyakit kencing manis adalah antara penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi ianya boleh di kawal. Untuk mengawalnya, kadar gula dalam peredaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar normal. Selain itu, kita hendaklah sentiasa memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:
  • Pengambilan ubat atas nasihat doktor
  • Pemakanan sihat
  • Penjagaan berat badan
  • Selalu bersenam
  • Elakkan sebarang jangkitan


Oleh sebab itu, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebelum kita di sahkan mengidap penyakit kencing manis, anda perlu mengambil beberapa langkah, antaranya,
  • Memiliki berat badan unggul
  • Makan makanan yang berkhasiat dan berzat
  • Makan sesuai dengan umur dan aktiviti fizikal
  • Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin
  • Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit
  • Selalu melakukan senaman


Shaklee membekalkan nutrisi yang lengkap di dalam Set Sugar Control Shaklee, bagi meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.

Antara supplemen yang terkandung di dalam Set Sugar Control Shaklee, adalah

Kebaikan yang terdapat di dalam set ini adalah,
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  • Membantu menyembuhkan luka

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ]
sms / whatsapp [ 012-2050258 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

[TESTIMONIAL] DIET, Berat Dari 74kg ke 56kg, Size 34 ke 29!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kenal semua pembaca…

BERDIET !!! Apa pendorong anda??? Ramai orang bertanya tentang apakah suplemen yang boleh membantu untuk menguruskan badan. Namun, tidak ramai yang mampu untuk beristiqamah, semuanya mahukan faster result. Bersenam tidak mahu, kawal selera makan apatah lagi. Malah, ada yang cuba skip meal, kemudian akan makan berganda-ganda di waktu malam. Cara diet yang salah sama sekali!..Jom saya kongsikan entry set kurus ini dari mentor biz saya..Arnie MY

Tidak kurang juga ramai yang ingin membeli pakej percubaan Lecithin sahaja (tahan untuk 10 hari sahaja), walhal sebotol Lecithin adalah untuk kegunaan sebulan. Apakah yang anda harapkan dalam masa 10 hari itu sebenarnya?

Badan anda mengumpul lemak dan kolesterol bertahun-tahun, tetapi anda mengimpikan untuk kurus di dalam sekelip mata?

Jom ikuti perjalanan Hasmah berjaya menguruskan berat badan dari 74kg ke 56kg! 
Sebelum saya mula berkongsi mari tengok gambar ni dulu ye..



Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..

Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu…

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..
  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. 😉 memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program “Shape Your Body”..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi “alah bisa tegar biasa”..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya… 😉
Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus…biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..sebab kalau tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement..yang 8 lagi silalah baca..hehe..

* Kredit kepada Hasmah @ ibuhakimhaikal.com

Berdiet tidaklah semudah yang disangkakan. Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan diri enjoy melakukannya. Jangan jadikannya bersifat sementara kerana ia perlu diteruskan bagi memastikan matlamat untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan lebih berpanjangan….Apakah pendorong anda? (^_-)

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ]
sms / whatsapp [ 012-2050258 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

Diet LENGKAP dan Vitamin Khas Buat Ibu Menyusu

Setiap ibu yang menyusu anak pasti mahukan yang terbaik untuk anak yang tersayang. Di sini kita berkongsi tips pemakanan dan diet LENGKAP yang boleh anda amalkan bagi memberikan kesan yang terbaik buat anda dan si manja. LENGKAP di sini bermaksud, bukan sahaja susu ibu bertambah dan melebihi permintaan si kecil malahan si ibu juga cukup sihat dan bertenaga!

Jom kita semak: Adakah nutrisi harian kita sebagai ibu menyusu adalah sihat, lengkap dan mencukupi?

Bayi akan mendapat segala zat makanan yang diperlukan melalui susu ibu.  Segala zat-zat yang diperlukan diserap daripada badan ibu dan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Maka, jika ibu tidak mengambil zat makanan yang mencukupi, akan menyebabkan badan ibu yang akan mengalami ‘kesengsaraan’ akibat kekurangan zat makanan tertentu.

Pengambilan makanan sihat seperti buah, sayuran, serat serta snek berkhasiat sangat-sangat digalakkan untuk memenuhi keperluan zat makanan ibu menyusu.

6 TIP PEMAKANAN SEMASA MENYUSU BADAN DARI DR. RAJA JUHAIDAH RAJA ABDULLAH

  1. Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi.
  2. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu. Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.
  3. Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina boleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.
  4. Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.
  5. Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.
  6. Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakan bahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.


DAPATKAN SUMBER VITAMIN, ZAT BESI, PROTEIN DAN KALSIUM ANDA HARI INI!

Cadangan Suplemen untuk Ibu Menyusu
1) Vitalea
2) B Complex
3) Vitamin C
4) Alfalfa
5) Ostematrix
6) ESP

BANYAKNYER?????? Ohh..tak semestinya kena makan semua. Kalau semua pun..jangan risau..semuanya berjadual..

Sila hubungi saya untuk mengetahui vitamin mana yang anda perlukan. Semuanya mengikut budget dan keperluan anda.


Multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.


Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.


Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan…dan kulit lebih cantik.


Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu (milkbooster). Juga untuk rapatkan keintiman


Dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.


Komposis vitamin utama dalam susuibu ialah protin. Protin adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protin iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protin berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ]
sms / whatsapp [ 012-2050258 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

SERONOK BERPANTANG DENGAN SET C : BERAT TURUN, SUSU BANYAK

Ini perkongsian ikhlas dari saya sebagai pengguna dan juga pengedar Shaklee. Best sangat-sangat…Sepanjang berpantang kat umah mak saya di Kedah saya makan nasi 2x sehari tau!!! Lapar kot..hehe…!tp setiap kali makan mmg saya bykkn mkn sayur hijau…lg pun emak masih amalkan adat berpantang org dulu…Walaupun saya maka banyak tapi saya x risau sangat sebab Lecithin dan OmegaGuard boleh membantu saya mengekalkan badan saya time pantang ni…Ibu berpantang x elok diet2 kan????….Alhamdulillah syukur…badan saya makin bertambah sihat..susu banyak dan anak pun kenyang jer setiap kali bf…


Perubahan yang sihat:-


♥ berat turun dari 67 kg ke 57 kg selepas 20 hari bersalin

♥ susu banyak

♥ Luka sembuh seawal dalam 2 minggu tempoh berpantang
♥ Badan tak rasa lesu dengan pengambilan OsteMatrix
Ni la hasil setiap kali saya pam susu..banyak kan??? tapi bukan 1 botol ye tapi 2 botol tau !!!

Ni stok yang sempat saya ‘snap’ kat umah mak…sampai mak saya cakap la peti ais dia penuh dengan susu ibu je..nak simpan ikan dll pun dah x de space…:-)
Ni plak stok yang saya ‘kirim’ kat suami suruh simpan kat umah kami di Perlis…
Ni suplemen tambahan yg saya makan selain dari Set C yang best tu…
Stok susu ni saya dapat kumpulkan time berpantang di umah mak selama 20 hari je tau…Syukur alhamdulillah…susu banyak..kesihatan saya pun baik sangat…Ayah cakap x macam orang berpantang pun.. Teruja tak tengok hasil ‘tuaian’ saya ni?????…

Apa yang saya ambil?

– Set C (confinement)

– OsteMatrix
– OmegaGuard
– Vitamin E Complex
– Mealshakes
– ESP
– Lecithin
* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ]
sms / whatsapp [ 012-2050258 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

5 Rahsia Kekal Sihat Tun Dr. Mahathir Mohamad

Benarkah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana menteri Malaysia, juga mengamalkan MultiVitamin Shaklee sebagai salah satu cara mengekalkan gaya hidup sihat?


Jom kita ikuti artikel di bawah ini, karya asal kredit kepada Susu Sejat!

Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.

Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?


5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir

1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.
Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4 – Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

5 – Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). Video untuk temuramah ini boleh ditonton di sini.

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ]
sms / whatsapp [ 012-2050258 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

MAHU CANTIK SELEPAS BERSALIN??INGIN TAHU PETUA AUNTY NANI ROSTAM???

Siapa yang tak kenal celebrity blogger yang juga model dan pelajar, Hanis Zalikha. Jangan tak tahu ibu beliau juga seorang model (tahun 80-an) dan masih anggun hingga kini. Aunty Nani Rostam banyak mengamalkan petua kecantikan.


Jangan ingat bila kita dah beranak, segala-galanya hanya berkisar pada anak sahaja. Jadi perempuan bukan mudah. Sakit bersalin belum berakhir, macam-macam pantang pulak kena lalui. Beban mengandung masih belum lupa, dah datang beban berpantang pulak.

Tapi kalau nak badan tu cantik, ramping dan sihat seperti sediakala, mahu tak mahu, terpaksa buat apa yang sepatutnya di amalkan oleh ibu-ibu lepas beranak.


Antaranya ialah PETUA SELEPAS BERSALIN ini:

(1) Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani. Reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.

(2) Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.

(3) Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.

(4) Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya. Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.

(5) Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.

(6) Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.

(7) Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfalfa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru…..


Botol Shaklee di rumah Aunty Nani Rostam

(8) Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.

(9) Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.

(10) Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, Insya Allah, badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.

*Source: Nani Rostam.
Nak cantik macam Aunty Nani Rostam? Jom amalkan pengambilan makanan tambahan dari sumber semulajadi. Semestinya Shaklee!
Boleh baca testimoni mereka yang telah mencuba Set C di sini!

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ]
sms / whatsapp [ 012-2050258 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!