VITAMIN & MINERAL UNTUK KECANTIKAN KULIT

Bukan mudah mempertahankan kecantikan kulit. Apatah lagi dalam suasana hari ini yang penuh dengan pencemaran, cuaca buruk dan kualiti sinar matahari yang semakin merosot. Sebagai wanita, anda mesti memastikan kulit sentiasa sihat dan bersih. Selain mengamalkan diet seimbang yang merangkumi tiga khasiat penting, iaitu protein, vitamin dan mineral, pengambilan suplemen sangat-sangat digalakkan. Jika anda kekurangan salah satu daripada keperluan ini, tidak mustahil kulit akan kehilangan sifat semulajadinya.


Empat jenis vitamin yang sangat bagus untuk kulit ialah A, B, C dan E. Ketahui jenis vitamin dan mineral yang merangkumi pil dan pemakanan harian yang berkesan untuk mengekalkan kulit sihat dan cantik.



Vitamin A
Vitamin A bagus untuk ‘membersihkan’ parut-parut jerawat pada kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan liang roma yang terbuka luas. Bagi kulit, vitamin A bertugas untuk mengekalkan kesihatan tisu kulit. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan masalah kulit kering dan pudar.

Beta karotena
Beta karotena adalah antioksidan yang sangat kuat. Ia melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Selain itu, ia juga mampu menguatkan sistem imun tubuh, melambatkan proses penuaan dan sebagai rawatan paling berkesan untuk mengatasi masalah jerawat.

Vitamin B Complex
Amalan pengambilan vitamin B yang konsisten membantu menghalang pigmentasi pada kulit. Vitamin ini penting untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, mata dan rambut.


Riboflavin

Riboflavin sebenarnya ialah vitamin B2. Ia penting untuk mengawal perkembangan tisu-tisu didalam tubuh. Ia juga bagus untuk memproses lemak dan asid amino.

Vitamin C

Vitamin ini sangat popular untuk kecantikan kulit. Ia dianggap antioksidan yang sangat berkesan. Vitamin ini meneutralkan kulit muka yang rosak akibat pendedahan kepada pencemaran dan sinar ultraungu. Pakar-pakar kulit juga menyatakan vitamin C membantu perkembangan dan pembaikpulih kolagen. Selain itu, vitamin C mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas yang mana semua ini boleh menyebabkan masalah kedutan dan serangan kanser.


Vitamin E
Ini adalah satu lagi vitamin mujarab untuk kecantikan kulit. Pengambilan 400IU vitamin E dalam sehari membantu mengurangkan kedutan dan memperbaiki tekstur kulit yang tidak rata. Jika anda ingin membeli vitamin E dalam bentuk kapsul atau ‘tablet’, perhatikan label ‘natural’ atau ‘d-alpha tocopherol’ pada labelnya. Vitamin ini juga boleh disapu terus ke kulit wajah kerana ia dipercayai mampu mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.

Selenium
Mineral ini penting kerana ia mengandungi antioksidan yang dipanggil ‘gluthathione peroxidase’. Antioksidan ini mampu membantu melindungi tubuh dan kulit daripada serangan penyakit kanser. Mineral ini turut membantu memperbaiki kekenyalan tisu dan memperlahankan penuaan.


Minyak ikan Omega-3
Khasiat utama mineral ini ialah menghalang penyakit jantung. Asid lemak omega-3 menurunkan paras kolesterol LDL dan mengikis plak yang terkandung dalam dinding arteri. Selain itu, mineral ini berkesan untuk memperbaiki peredaran darah. Secara tidak langsung, semua masalah kulit boleh dikurangkan dan kulit menjadi lebih licin dan lembap.

Evening Primrose Oil
EPO mengandungi GLA yang membantu membunuh tumor penyebab kanser. Selain itu pengambilan EPO yang tersusun membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Bagi yang mengalami masalah kegatalan atau kekeringan pada kulit, pengambilan EPO turut membantu.  Dari sudut kecantikan, pengambilan EPO membantu menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat, mengatasi alahan pada kult dan juga bagus untuk mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.

Vitamin Shaklee mungkin boleh membantu masalah kulit anda. Anda boleh pilih mengikut keperluan dan bajet anda. Tentang harga semuanya boleh dibawa runding. Kami pun menyediakan set percubaan untuk anda selama 30 hari.


KULIT WAJAH PUCAT – lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodine, kalsium, copper, kobalt dan vitamin B.


KULIT BERJERAWAT – tingkatkan pengambilan zink yang menghasilkan kolagen dan elastin demi meningkatkan keanjalan dan kekenyalan kulit.


KULIT BERMINYAK – kekurangan riboflavin dan juga soya


KULIT KERING DAN MENGELUPAS – Lebihkan pengambilan vitamin A dan E.

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s