SHAKLEE ADVANCED JOINT HEALTH TABLET


We offer you the Advance Joint Health Tablet to keep you moving for coming 2013. Happy shopping!

♥ Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat.

♥ Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

♥ Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah FORMULA SAYUR-SAYURAN 100%.

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!
Advertisements

MENJAGA LUKA PEMBEDAHAN SELEPAS BERSALIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kenal semua pembaca…


Oh ya…mengenai entry saya hari ini.. menjaga luka pembedahan agar sentiasa dalam keadaan kering… Actually, saya sendiri telah melalui SEKALI pembedahan…yang mana anak sulung Nur Rania Zahra…terpaksa saya di operation berikutan pintu rahim tidak terbuka dalam tempoh ditetapkan.

dan saya terpaksa di tolak ke ruang pembedahan…dan betapa getirnya saat saya kerana semasa ummi di bius spinal, doktor terus memotong perut saya..masya allah..tersangat sakit hingga hampir-hampir saya merasakan macam nak putus nyawa…tersekat-sekat nafas saya menahan kesakitan dan doktor bius hanya menyuntik ubat tahan sakit sahaja yang bg saya langsung tiada kesannya…tetapi itulah kejadian tuhan…walaupun hakikatnya wanita dr luaran nampak lemah tetapi seorang ibu itu sangat kuat berjuang dalam melahirkan nyawa di dunia…… 


So, berbalik pd topik asal…cara menjaga luka operation begini :-


1) Selepas mandi, pastikan lap sehingga kering luka operation tersebut…bagi hasil yg lbh pantas dan cepat, keringkan menggunakan hair dryer (jgn la guna dekat2 just untuk keringkan luka tu je)…kalau kalian, memilih untuk mengeringkan luka operation dengan kipas,pastikan kipas tersebut benar2 bersih (jgn guna kipas yg penuh dgn habuk)…kerana habuk tersebut sedikit sebanyak akan menyebabkan luka operation boleh terkena jangkitan kuman…


2) Sekali atau 2 kali sehari, cuci luka dengan air suam agar kwsn luka kekal bersih.

3) Amaran..jgn sesekali sapukan luka operation dengan sebarang minyak atau krim dengan alasan nak cepat sembuhkan luka…it’s will getting worse…pernah seorang sepupu ummi sapu tmpt luka tu dengan minyak gamat..esoknya tmpt tersebut bukan makin sembuh malah mula berair dan mengeluarkan air kekuning2an….hati2 ye kwn2,luka operate yg telah di jangkiti kuman akan dibuka semula tanpa bius…
 
4) Bagi mereka yg merasakan perut berlipat (banyak lemak la tu mcm ummi…hehehe)…dan menyebabkan luka operation akan tertutup dengan perut yg berlipat…akibatnya kawasan luka akan mudah berpeluh dan sekiranya di biarkan kuman akan mula membiak kerana kwsn luka tersebut di biarkan lembap dengan peluh kita…So, cara terbaik..jgn letak tisu, kapas dll sbb ianya akan melekat pd luka tersebut dan membuatkan ianya lbh worse…so, gunakan gauze…ala…yang selalu orang letak mcm kain kat tmpt luka tu…dan letakkan sahaja di kawasan luka bg menyerap peluh..dan sila tukar gauze tersebut setiap 2 atau 3 jam bg mengelakkan bakteria sempat membiak…insya allah kawasan luka operation akan cepat kering…(boleh beli di farmasi)

5) So, dlm tempoh berpantang..elakkan makan ayam, telur dll makanan yg gatal..

6) So, setelah semua langkah di atas selesai, boleh la cuba set bersalin trial pack SHAKLEE  untuk sepanjang tempoh berpantang…dan salah satu vitamin dlm set bersalin adalah zinc yang membantu mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam…


Trial pack Set bersalin SHAKLEE terdiri dr:-

40 biji multivitamin

40 biji B compleks

40 biji vitamin c

40 biji zinc


Dan kesemua ini hanya RM 100.00 (free postage) …dan boleh juga add on alfalfa 60 biji dengan menambah RM 10.00 atau 120 biji alfalfa RM 20.00….

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

SUSU IBU CAIR???

Dalam keadaan biasa, susu ibu di peringkat awal adalah cair manakala di peringkat akhir berubah menjadi pekat. Usahlah khuatir jika anda mengalami masalah susu ibu cair. Susu ibu tidak sama seperti susu formula yang sememangnya pekat. Susu ibu yang kelihatan cair adalah biasa. Keadaan ini bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti pemakanan ibu dan cuaca. Namun, tidak bermakna susu ibu yang cair itu kurang berkhasiat. Hakikatnya, ia cukup sempurna!.


Keunikan susu ibu yang perlu diketahui ialah ia akan berubah mengikut cuaca persekitaran anda. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa. Hal ini berlaku kerana ia membolehkan bayi anda mendapatkan lebih banyak air bagi menghilangkan rasa dahaga disamping mengelakkan dirinya daripada mengalami penghidratan. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa. Ini bagi membolehkan si kecil mendapat tenaga, memperoleh lebih banyak khasiat serta lebih kenyang ketika berada dalam keadaan sejuk.


Sama juga halnya apabila anda tidak mengepam untuk mengeluarkan susu kerana terlalu sibuk sehingga perlu melangkau satu sesi pemerahan. Situasi sebegini menyebabkan berlakunya proses osmosis yang akhirnya menjadikan susu yang anda perah di sesi pemerahan berikutnya kelihatan cair. Satu lagi fakta penting yang perlu anda tahu ialah apabila suhu dalaman tubuh panas, susu yang diperah juga akan kelihatan cair.


Amalan meminum air dalam jumlah yang banyak akan membantu buah pinggang menjalankan fungsinya dengan baik serta melancarkan sistem badan. Sama juga halnya dengan susu ibu. Sebaik-baiknya ambil air dalam 8 gelas sehari.


SUPLEMEN

Suplemen yang diambil sama sekali tidak membantu anda menghasilkan lebih banyak susu ibu!. Bersandarkan asas pengeluaran susu ibu, ia terjadi hasil daripada rangsangan ke atas payudara dan tindak balas hormon didalam tubuh. Ibu perlu sentiasa berkeadaan sihat dan gembira dalam usaha melancarkan penghasilan susu ibu! Itulah sebenarnya punca susu dapat dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Suplemen yang diambil sebenarnya baik kerana ia membantu ibu menghasilkan susu dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan bayi. Pengambilannya melengkapkan kedua-dua keperluan tubuh untuk menghasilkan susu ibu iaitu dengannya ada jadi lebih sihat dan gembira. Ketika anda gembira, hormon oksitosin akan dihasilkan. Hormon inilah yang akan merangsang pengeluaran susu ibu. Suplemen tidak boleh menjadikan susu menjadi pekat tetapi rangsangan hormon gembira setelah mengambil suplemen adalah penyebabnya.


PADAH TIDAK KOSONGKAN PAYUDARA

Susu ibu yang dibiarkan terlalu lama di dalam kelenjar susu akan menyebabkan susu yang dikeluarkan menjadi cair. Baki susu ibu daripada sesi penyusuan sebelumnya akan menjadi lebih cair kerana lemak tersekat di sel membran payudara. Maka, dengan itu susu cair akan bertambah banyak jika anda tidak benar-benar mengosongkan payudara setiap kali penyusuan berlangsung.


FAKTA

Ketika cuaca sejuk, susu lebih pekat. Ketika cuaca panas pula susu lebih cair untuk memenuhi keperluan semasa si kecil.

Ketika awal penyusuan, susu lebih cair dan dikenali sebagai foremilk. Ia lebih cair untuk menghilangkan rasa dahaga anak anda. Ketika di akhir penyusuan, susu lebih berlemak, Keadaan ini dikenali sebagai handmilk. Handmilk lebih tebal, berlemak, berkhasiat tinggi dan berupaya untuk mengenyangkan si manja.


Apakah suplemen dari Shaklee boleh membantu dalam penyusuan ibu?? Jawapannya ya..Kami menamakannya sebagai set penyusuan euphoria.

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

PERLUKAH PIL TAMBAHAN SEWAKTU HAMIL?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kenal semua pembaca…


Dalam kehidupan seorang wanita biasa, walau bagaimana sekali pun cara hidupnya, saya yakin, sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya beliau akan mengambil suplemen. Bilakah waktu tersebut? Anda boleh agak jawapannya? Ya, waktu mengandung. 

Sebab apa? Tidak dinafikan, kita pasti risau akan kesihatan & perkembangan bayi di dalam perut. Di peringkat awal terutama trimester 1, vitamin yang tak boleh tinggal dan sangat-sangat penting ialah asid folik. Bila masuk trimester 2, fokus pada kalsium pula. Bila masuk trimester 3, sibuk tambah Omega (Fish Oil) supaya otak bayi dapat terbentuk dengan baik (dengan kata lain, nak anak jadi bijak!), sambil kawal kolesterol dalam badan sendiri.

Saya sendiri mengambil asid folik sebelum cuba untuk mengandung. Seelok-eloknya 3 bulan sebelum cuba untuk mengandung, tapi, saya ambil sebulan sebelum sahaja. Boleh dapatkan di klinik, rm10 untuk kegunaan 30 hari. Owh, ini cerita sebelum saya mengenal Shaklee. Hmmm, rm10 untuk khasiat asid folik sahaja, ya. Walhal, tambah lagi rm33, boleh dapat sebotol B-Complex Shaklee yang bukan sahaja lengkap dengan 8 kumpulan B, malah, boleh tahan 4 bulan! Owh, rugi pula tak kenal Shaklee awal-awal… 

Ahhh, bila dah mula kira mengira nie, mengingatkan saya yang dahulu saya spend rm100++ untuk vitamin sahaja setiap bulan. Tak termasuk lagi kos khidmat gynae, ya. Setiap bulan akan dapat 3 jenis vitamin, iaitu Obimin, NeuroGain (Fish Oil) laa nie, dan lagi satu lupa lah. Kalsium, kot? 

NeuroGain nie Gynae bagi bila kandungan dah 6 bulan ke atas. Setiap kali lepas habis check up saya akan cakap, “Doktor jangan lupa bagi NeuroGain, ya?”. Biasalah, excited mahukan khasiat Fish Oil tue sampai pada baby di dalam perut… 

Penting sangat ker Fish Oil tue waktu mengandung? Ehh, pada saya penting sangat, terutama sebab saya memang kurang suka makan ikan. Kalau makan pun memilih, nak ikan yang sedap-sedap ajer (ikan mahal laa tue!). Jadi, saya memang suka sangat bila dalam pantang, sebab berpeluang makan ikan parang, jenahak & merah almost every alternate day! Hehehe… Untuk maklumat lanjut tentang khasiat Fish Oil semasa mengandung, anda boleh cuba Google, ya. 

Jadi, perlukah makan supplements sewaktu mengandung?  

Sejujurnya, pada saya, perlu sangat. Terutama kalau diet harian tidak lengkap. Apatah lagi kalau asyik muntah-muntah tak lalu nak makan, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun, akan makan lauk yang sedap di tekak sahaja, walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ mencukupi khasiatnya. Di sinilah peranan pemakanan tambahan (supplements). 


Suplemen yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:
  • Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
  • B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
  • Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
  • OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)


Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,

  • OmegaGuard


Suplemen lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,

  • Energizing Soy Protein


Buat anda yang pertama kali ingin mencuba Suplemen Shaklee, anda boleh mencuba vitamin yang saya senaraikan di atas. Cubalah selama sebulan, dan rasailah perbezaannya. Owh ya, bila dah ambil set ini, hentikan dahulu apa jua suplemen lain yang anda sedang ambil ya.


CREDIT TO : Arnie MY


Disclaimers* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nak order dgn HOTT PRICEEEE?
Jamin harga meletoppp!
^_^

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    

pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!! 
<

MENYUSUKAN ANAK SELEPAS PEMBEDAHAN

APAKAH PEMBEDAHAN CAESARAN??

Pembedahan caesaran juga lebih dikenali sebagai C-section dan Pembedahan Caesar. Kelahiran secara pembedahan Caesaran bermakna melahirkan bayi melalui pembedahan/potongan yang dibuat menembusi dinding abdomen dan dinding rahim.

MENGAPAKAH PEMBEDAHAN CAESARAN PERLU DILAKUKAN?

Pembedahan caesaran dilakukan dalam keadaan tertentu. Antaranya ialah:


  • Masalah air seperti plasenta previa (uri bawah)
  • Kedudukan janin tidak normal (melintang, menyongsang dan sebagainya)
  • Telah dua kali menjalani pembedahan LSCS
  • Bayi terlalu besar (makrosomania)
  • Pernah menjalani pembedahan histerotomi,classical Caesaran section dan sebagainya.
  • Sejarah kehamilan bermasalah
  • Penyakit Herpes aktif.
  • Bayi lemas sewaktu proses kelahiran
  • Pintu rahim tidak terbuka dalam tempoh ditetapkan
  • Kegagalan penggunaan forsep atau vakum
  • Pendarahan akibat plasenta previa
  • Rahim pecah

So, entry yang saya nak tulis hari ini rentetan dari pengalaman saya melahirkan anak sulung secara czer…bagi saya, pengalaman kali pertama di czer agak mengerikan tambahan pula bimbang dan risau tentang breastfeeding kerana takut terkena tmpt czer… so, saya boleh buat kesimpulan bahawa pengetahuan dan maklumat yang berkaitan harus di ketahui bagi ibu yg melalui kaedah czer ketika melahirkan…

Memang tidak di nafikan, ibu yang melalui bius sepenuhnya semasa czer atau general anesthesia mengambil masa untuk sedar dan pulih sepenuhnya dan ini berlainan dengan ibu yang melalui bius separuh badan atau epidural/spinal (pengalaman sendiri) yang boleh terus memangku atau menyusukan anak seakan-akan mereka yang melahirkan secara normal (cuma bila ubat bius habisss…perghhh…sakit beb!)…atau kalian juga boleh minta bantuan kepada siapa yg menjaga kalian atau jururawat yang bertugas…

So, berikut adalah beberapa posisi yang di cadangkan bagi mereka yang berhasrat menyusukan anak selepas  menjalani czer

a) Perkara paling utama, pastikan kedudukan anda selesa terlebih dahulu sebelum penyusuan di mulakan…dan elakkan sebarang bebanan yg berat pada bahagian perut anda (sakit nanti, hati2 k)…


b) Naikkan katil hingga anda mampu duduk secara selesa atau duduk menggunakan kerusi yang lebar dan selesa…kebanyakkan ibu yang baru sahaja menjalani czer biasanya amat selesa dengan posisi memegang bayi secara mendakapnya ke tubuh kita…

c) Untuk lebih selesa, letakkan bantal di bahagian sisi yang anda ingin susukan bayi anda itu bagi menyokong lengan yang memangku anak anda tersebut….

d) Pegang bayi dengan kedudukan rendah menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, letakkan tapak tangan anda di belakang telinga bayi dan sokong bahagian belakang badan bayi sementara lengan anda menyokong badan bayi sepenuhnya. Sementara siku anda mendakap punggung bayi ke sisi anda… 

e) Cari posisi yang selesa di mana wajah bayi menghadap terus ke payudara anda dimana kedudukan hidungnya sebaris dengan puting payudara anda. Kedudukan bayi hendaklah lurus di mana bahu, telinga dan punggung tegak ke hadapan. Sokong payudara dengan tangan yang satu lagi di mana empat jari berada di bawah payudara dan ibu jari berada di atas. Pastikan kawasan aerola (keliling puting yang bewarna hitam kecoklatan) tidak tertutup semasa bayi sedang menyusukan kerana mulut bayi seharusnya berada di aerola dan bukannya hanya menghisap puting semata-mata kerana lama kelamaan ia akan menyebabkan kesakitan di bahagian puting…

f) Pegang bayi seperti posisi menyambut bola… cuba bawa bayi ke sisi dada, so jika anda memegang bayi dengan tangan kanan, anda boleh lah menyusukan bayi dengan payudara sebelah kiri. Tangan kiri hendaklah menyokong payudara sebelah kiri dengan empat jari menghala ke bawah lengan. 

Amaran : Tidak di galakkan ibu-ibu yang menjalani czer untuk menyusukan anak secara mengiring kerana kebiasaannya tempat czer masih belum sembuh sepenuhnya dan ini akan mendatangkan rasa sakit dan menyebabkan rasa kurang selesa…Jadi sebelum mencuba satu2 posisi pastikan badan anda tidak sakit dan selesa….

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

7 KESALAHAN KETIKA BERDIET

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam kenal semua pembaca…


Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan tidak menunjukkan penurunan biarpun anda telah berusaha keras untuk berdiet? Kegagalan ini berlaku apabila adanya kesalahan yang tidak disedari ketika anda berdiet. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. MENGELAKKAN MAKANAN PENTING
Melewatkan atau mengurangkan pengambilan makanan merupakan kesalahan yang sering dilakukan individu berdiet. Golongan ini sering mengelakkan pengambilan sarapan pagi dan makan malam. Ini menyebabkan tenaga yang diperlukan tubuh berkurangan. Sekali gus, akan menyebabkan anda mengambil makanan yang mengandungi lemak dan gula secara berlebihan ketika lapar.

2. TERLALU MENGHADKAN MAKANAN TERTENTU
Diet yang menghalang anda daripada mengambil karbohidrat atau lemak dan hanya boleh mengambil buah atau sayur sebenarnya tidak baik untuk kesihatan anda. Tubuh memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi. Oleh itu, pengambilan makanan seimbang sama ada karbohidrat, lemak, protein dan sebagainya amat penting. Namun, seimbangkan pengambilannya dengan baik.


3. PENGAMBILAN KALORI TERLALU RENDAH
Tubuh wanita memerlukan sekitar 2,000 kalori setiap hari dan lelaki memerlukan 2,500 kalori, Jika pengambilan kalori berada di paras bawah daripada jumlah diperlukan tubuh, maka ia boleh mendatangkan masalah pada diri anda. Ia boleh menyebabkan metabolisma tubuh menjadi rendah dan mengalami anemia. Justeru, pastikan pengambilan makanan anda pada setiap hari berpadanan dengan jumlah kalori yang diperlukan tubuh.


4. TIDAK BEROLAHRAGA
Ingin kurus, namun malas untuk berolahraga mahupun senaman merupakan kesalahan yang tidak patut berlaku. Dengan olahraga, ia mampu meningkatkan metabolisma tubuh bagi membantu proses pembakaran lemak dan kalori. Biarpun sibuk bekerja, peruntukkan sedikit masa untuk berolahraga jika ingin kurus.


5. SALAD BERSAMA MAYONIS
Salad merupakan makanan yang baik untuk kesihatan anda. Namun, pengambilan salad bersama mayonis bukanlah amalan yang baik. Kandungan lemak yang tinggi di dalamnya  boleh menjejaskan program diet anda


6. MENOLAK SUSU
Susu merupakan minuman yang terbaik untuk tubuh anda. Menolak susu merupakan perkara yang tidak patut berlaku. Anda boleh memilih susu rendah lemak berkalsium tinggi sebagai menu wajib anda pada setiap hari. Pengambilan susu mampu menguatkan tulang dan melengkapi nutrisi tubuh anda.


7. BERAT TURUN DRASTIK
Penurunan berat badan secara drastik dalam masa singkat sebenarnya tidak baik untuk tubuh anda. Ini kerana dikhuatiri akan mendatangkan masalah kesihatan seperti komplikasi hati atau ginjal kerana badan terpaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa yang hilang  didalam darah.


JOM diet sihat bersama SHAPE-UP SHAKLEE SET!!!

Disclaimers* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nak order dgn HOTT PRICEEEE?
Jamin harga meletoppp!
^_^

maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!! 

INFO PRODUK – GET CLEAN WATER PITCHER

Putarkan paip rumah anda, lihat air yang keluar. Air itu mungkin kelihatan bersih tapi setakat manakah ianya selamat untuk diminum? Sebenarnya, bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari. Tambahan pula, sehingga 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada air minuman. 

Sejauh mana kita mengambil berat mengenai kebersihan air minuman di rumah kita? Adakah air minuman itu cukup bersih untuk diminum oleh kita?  Tahukah anda Bekalan air yang diterima pada pili air di rumah anda kadangkala kelihatan kekuningan seperti mengandungi kandungan bendasing yang agak banyak, dan kadangkala, rasa air tersebut juga agak lain malah kadang-kadang berbau lagi kan?!!


Kalau tanya perlu ke tidak, saya akan katakan YES, sangat perlu. Oleh kerana sumber air pada masa kini adalah sangat kotor, jumlah bahan kimia yang dimasukkan untuk merawat air pasti semakin banyak kan?? So sudah pasti, penapis air yang baik adalah sangat penting dalam setiap rumah, tak kisah la bagaimana rupa bentuk dia sekali pun…

Tahukah anda?? Air paip yang mengandungi klorin apabila dimasak, kebanyakan kuman dan bakteria akan mati. Bagaimana pun, ia tidak menghilangkan bahan kimia dan logam berbahaya yang terkandung dalam air tersebut. Bahkan, air berklorin yang dipanaskan akan menghasilkan sebatian yang karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa orang zaman  sekarang lebih mudah kena kanser berbanding orang zaman dulu.

Kalo cerita pasal bekalan air yang kotor ni, memang takkan selesai….Bendasing yang terkandung dalam air tu boleh membahayakan kesihatan kita terutamanya kanak-kanak yang mudah dijangkiti penyakit…so, bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan anak terutama bayi, buat la pilihan dengan memilih Water Pitcher daripada Shaklee ni…kenapa??? jom baca fakta tentangnya…



Get Clean® Water 

Merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.




Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain! 

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!

• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.

• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama


Pilihan Bijak!

• Hanya beberapa sen bagi seliter air

• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak

• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik

• Ringan dan mudah dibawa

• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

Keistimewaan Shaklee

  1. Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain. 
  2. Pilihan Bijak: Menjimatkan Kos-Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya. 
  3. Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa.Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda. 
  4. Mesra Alam: Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar. 


[sumber : website Shaklee]


* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins  
  http://www.facebook.com/norizaabdulrahman ] atau     

direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 

  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    

pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!